ETIQA TAKAFUL KELUARGA

Assalamualaikum,

Takaful adalah satu bentuk tabungan untuk bekalan kita dan waris kita jika ditimpa sesuatu Musibah besar iaitu keilatan kekal menyeluruh (kecacatan yang tidak membenarkan kita menjana pendapatan) atau kematian.

Konsep takaful adalah setiap ahli/peserta saling menjamin antara satu sama lain.

Pedagang Arab dahulu telah mempraktikkan sistem sebegini kerana mereka sentiasa terdedah kemungkinan berlakunya bahaya, musibah dan bencana sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian dan kehilangan barang dagangan malah ancaman nyawa mereka sendiri. Bagi mengatasi atau meringankan beban itu, mereka berpakat antara mereka mengagih-agihkan barang dagangan kepada beberapa kafilah dan beberapa ekor unta. Jika ditakdirkan berlaku sesuatu Musibah ke atas mana-mana kafilah atau unta yang digunakan, kerugian atau kehilangan mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kafilah atau unta yang malang sahaja.

Begitu juga kita di zaman sekarang..kalau ada buat takaful sekurang2nya meringankan beban untuk waris yang ditinggalkan atau yang akan menjaga kita kalau kita ilat kekal. Dengan manfaat takaful mungkin si isteri boleh membuat modal perniagaan untuk membesar anak-anak. Kalau ilat, wang boleh digunakan untuk belanja perubatan, membeli pampers makan minum kita dan lain-lain lagi.

Perbezaan Takaful dan Insuran. Takaful dijamin oleh setiap peserta manakala insuran dijamin oleh syarikat pengendali.Kerana itulah setiap peserta takaful akan menerima manfaat yang telah dipersetujui mengikut kadar sumbangan masing-masing manakala Insuran bergantung kepada Syarikat Pengendali yang bersandarkan kepada pasaran saham.Ulamak menjatuhkan hukum haram Insuran pada tahun 1972 dan wujudnya takaful berlandaskan syariah pada tahun 1984.

Takaful Etiqa ahli kumpulan MAYBANK menyediakan beberapa Pelan Takaful Keluarga dengan diawasi oleh satu panel/badan syariah yang dilantik bagi memantau kegiatan takaful.

PELAN PRIMA

-   Pelan simpanan serta perlindungan
-   Umur peserta 6 bulan – 17 tahun (Juvana), 18 – 54 Tahun (Dewasa)
-   Tempoh perlindungan 21, 24, 27 dan 30 Tahun.

    Ciri-ciri Pelan:

-   Peserta terima manfaat perolehan setiap 3 tahun (pulangan 10% amaun perlindungan)
    tanpa perlu menunggu tempoh matang.
         
                Contoh : perlindungan RM30,000 akan terima RM3,000 setiap 3 tahun.

-   Manfaat perlindungan (RM30,000) diterima bila berlaku kematian atau keilatan kekal
    walau pun manfaat perolehan sudah dibayar.

                Contoh : berlaku musibah pada tahun kelapan setelah terima manfaat
                               perolehan sebanyak RM6,000

-   Keilatan kekal dilindungi sehingga umur 65 tahun dengan syarat keilatan
    berterusan > 6 bulan.
-   Sumbangan pelan asas minima RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
-   Ada nilai tunai bila tempoh sijil matang.


PELAN MESRA

-   Pelan simpanan jangka panjang serta perlindungan.
-   Umur peserta 6 bulan – 17 tahun (Juvana), 18 – 60 Tahun (Dewasa)
-   Tempoh perlindungan 21 tahun keatas.
-   Perlindungan sehingga umur 80 tahun

    Ciri-ciri Pelan:

-   Manfaat perlindungan diterima bila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh.
-   Keilatan kekal dilindungi sehingga umur 65 tahun dengan syarat keilatan
    berterusan > 6 bulan.
-   Sumbangan pelan asas minima RM 600 setahun (RM50 sebulan).
-   Ada nilai tunai. Peserta menerima Pulangan Matang tinggi bila tempoh sijil matang.


PELAN SARJANA

-   Pelan tabungan pendidikan dan perlindungan.
-   Umur peserta 14 hari – 5 tahun
-   Tempoh kontrak sehingga 25 tahun
-   Sumbangan minima RM 600 setahun (RM50 sebulan)
-   Pendahuluan pendidikan 3 tahun sebelum tempoh matang.
-   Ada anugerah Intelek
                      5A UPSR – RM500, 8A PMR – RM750, 8A SPM – RM1,000


PELAN EHSAN

-   Pelan perlindungan sahaja.
-   Peserta dewasa 18 – 55 tahun bagi tempoh 21 – 30 tahun.
-   Sumbangan minima RM 360 setahun (RM30 sebulan)


RIDER-RIDER TAMBAHAN

MKKAK (ADDB)       Rider manfaat kematian akibat kemalangan

                                    -   Memberi manfaat tambahan jika berlaku kematian atau
                                        keilatan kekal menyeluruh

MIK (AIR)                   Rider manfaat imdemniti kemalangan

                                    -   Memberi manfaat tambahan jika berlaku kematian atau
                                        keilatan kekal menyeluruh.
                                    -   Membayar manfaat mingguan jika mengalami keilatan
                                        sementara, separa dan menyeluruh.
                                        (Sila rujuk lampiran Jadual Manfaat AIR)

MPK (CIR)                 Rider penyakit kritikal

                                   -   Memberi manfaat tambahan yang komprehensif setelah
                                       didiagnosis oleh doktor pakar menghidap salah satu daripada
                                       36 jenis penyakit kritikal
                                       (Sila rujuk lampiran 36 penyakit kritikal)

MH (HBR)                  Rider manfaat hospital

                                   -   Memberi elaun harian bila masuk hospital/wad

MB (TR)                     Rider bertempoh

                                   -   Memberi tambahan kepada mana-mana Pelan asas bila
                                       berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh.

MedicSave (MSR)      Takaful Medic Save (Kad Perubatan / Medical Card)

                                   -   Rider ini boleh disertakan bersama sijil keluarga individu Etiqa
                                       Takaful yang terpilih.
                                   -   Memberikan perlindungan perubatan menyeluruh.
                                   -   Dilengkapi tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan
                                       kemasukan hospital, pembedahan dan rawatan.
                                       (Sila rujuk lampiran Kad Perubatan)